Seorang pakcik tua dari Merbok, Kedah baru sahaja lulus lesen menunggang motoskal. Menurut undang-undang, pelekat berhuruf 'P' hendaklah digantung pada motosikal bagi seseorang yang baru mendapat lesen motor. Suatu hari, ketika menunggang motorsikal, dia terserempak dgn sekatan jalan raya yg dibuat oleh pihak polis.
Polis : 'P' mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dgn tenang dan slang pekat Kedah dia menjawab)
Polis : Pak cik nak bergurau pulak.'P' mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Die dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main main pulak pak cik ni. Ni saya tanya 'P' mana?
Pak cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq, hang tak dengarq ka? Apa hang ingat aku tak tau ka jalan nak pi Alorq Starq? Mentang mentang hang pakai unipom polis, jangan nak memperlekeh org tua macam aku ni.
Polis : Pi Pi Pi Pi lah.. menyusah aje, lain yg ditanya lain pulak yg dijawab nya.
Pak cik : Hah, tu kan mudah.Yg duk tanya byk byk tu buat ape? Sja cari pasai !
Moral : Org lurus biasa nya tidak menggugat KESELAMATAN NEGARA!

No comments:
Post a Comment